Assalamualaikum wbt...
Buat pertama kali jari-jemari 'Kelip2 Ungu' b'gerak pantas menukilkan coretan mengenai baju kurung kebaya...
Kenapa tajuk ini dipilih sebagai tajuk pertama dalam nukilan blog ini..?? hmm...ntah lah..hati terdetik,, jiwa terusik,, jari memetik....haha :D
hmm...(cmne nk mula nie..?)
Baju kurung merupakan pakaian tradisional orang melayu begitu juga dengan kebaya...namun,,dewasa ini sedikit sangat kita nampak pakaian tradisi ini disarung oleh wanita-wanita diluar sana...
Adakah disebabkan sindrom 'kampungan' yang menjadi buah mulut orang menyebabkan pakaian ini tidak lagi menjadi satu lambang atau keperibadian masyarakat melayu moden kini..??dan adakah disebabkan istilah 'moden' yang digunakan menyebabkan jiwa--jiwa ini tidak lagi mengenakan baju kurung dan kebaya ini pada diri mereka..??
Baju kurung melambangkn kemelayuan, rasa sopan, rasa malu, dan rasa hormat kaum wanita...Pakaian memainkan peranan penting pada peribadi setiap individu...Contohnya seperti,,seorang yang memakai pakaian seksi..dan judge pertama sekali adalah,,pandangan yg buruk terhadap si pemakai..kn..??
Pelbagai kaedah direncanakan bagi meningkatkan taraf/hasil baju kurung yg b'kualiti dan cantik pandangan...Malah,,penggunaan tudung juga d'pelbagaikan bagi menambah acuan supaya lebih manis d'pandang...cantik,,bergaya dengan menutup aurat...indahnya islam...
Selain itu juga,,secara tersiratnya rancangan 'gadis melayu' juga menjadi titik tambah dalam memperjuangkan keistimewaan pakaian tradisi ini..juga pertandingan 'ratu kebaya' juga menjadi bahan terancang bagi menaikkan taraf/mutu pakaian ini...
Pemakaian baju tradisi ini,,hanya dapat dilihat di pusat-pusat pengajian..tetapi,,bukan semua dan menyeluruh...Dipusat bandar pula,,boleh dilihat sendiri dan d'bilang jari...
Ingatlah gadis melayu,,jangan d'lupakan pusaka ibunda...biar malu,,indah rasa..budaya kita jangan dilupa..tanpa jemu,,jangan bimbang pasti ayu bila d'pandang...bila b'jalan,,dia melenggang m'buatkan hati pemuda tak senang...manisnya berbaju kurung kebaya...'',
dan tak hairanlah,,kalau ada gadis2 kt luar yang d'gelar 'wanita melayu t'akhir' kerana gadis2 ini,,terlalu sikit dan kian hilang d'pandangan....
''ALLAH itu cantik dan suka akan kecantikan''
kElip2Ungu....
No comments:
Post a Comment